
IMTAC
Maksud International Mandarin Tahfiz Academy atau singkatannya IMTAC adalah sebuah pusat tahfiz yang memberi peluang dan ruang kepada para pelajar untuk mendalami ilmu agama selain mempunyai kemahiran berbahasa Mandarin.
Idea penubuhan pusat tahfiz ini telah dicetuskan oleh Ustaz Mohammad bin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Ustaz Mad Cina (UMC). Tertubuhnya pusat tahfiz ini pada permulaannya adalah setelah mendapat pelawaan daripada pemilik bangunan dua tingkat yang beralamat di No. 388, Jalan Bukit Awi Kulim yang bertanyakan samada UMC berminat untuk menyewa bangunan tersebut untuk dijadikan pusat tahfiz.
Setelah bersetuju menerima pelawaan tersebut, maka bermulalah proses baikpulih bangunan yang memakan kos yang tinggi. Dengan usaha yang bersungguh-sungguh Alhamdulillah Maahad Tahfiz ini mula beroperasi pada 1 Mac 2021.

