
Penubuhan International Mandarin Tahfiz Academy (IMTAC) ini merupakan satu tujuan bagi memastikan Islam dapat disebarkan dan difahami dengan betul bagi memastikan ianya terus menjadi amalan sepertri yang dituntut Allah S.W.T.
Dengan terbinanya maahad tahfiz ini diharapkan dapat menegakkan syariat dan syiar Islam di mana sahaja pelajar berada disamping penguasaan pelajar dalam Bahasa Mandarin yang merupakan bahasa terbanyak digunakan selepas Bahasa Inggeris.
Harapan pihak tahfiz juga agar usaha ini dapat diteruskan sehingga ke generasi akan datang. Hanya dengan menyebarkan Islam sahajalah yang menjadi panduan untuk berjaya dalam hidup di dunia dan di akhirat. Bukan wang ringgit atau kemasyuran yang menjadi tujuan penubuhan tahfiz ini tetapi yang diharapkan hanyalah semata-mata keredhaan Allah S.W.T.
Bagi semua pihak yang terlibat dalam menjayakan tahfiz ini, pihak tahfiz mengucapkan jutaan terima kasih, mudah-mudahan kalian dikurniakan dengan rezeki yang berkat dan dalam keredhaanNya di dunia dan di akhirat.
Akhir kata, semoga Allah memberikan naungan rahmatNya kepada setiap individu dan organisasi yang telah dan akan menyumbangkan tenaga dan sebagainya sehinggalah terdirinya tahfiz ini.
InsyaAllah dengan harapan tertubuhnya maahad tahfiz ini akan dapat meninggikan lagi syariat Islam dan dapat mewujudkan suasana yang mengamalkan cara hidup Islam.
Semoga Maahad Tahfiz ini akan menjadi sebuah lagi Institusi Pengajian bagi memenuhi keperluan bukan sahaja penduduk setempat malah penduduk seluruhnya.
Amin Ya Rabbal A’lamin.
